7 Sebab Kenapa Wanita Menangis
Assalamualaikum,
Wanita adalah insan yang sukar dimengerti. Insan yang berhati lembut ini
kadangkala mempunyai emosi yang tidak stabil. Berikut beberapa sebab
yang mungkin menyebabkan rasa sedih di kalangan wanita:
Gambar sekadar hiasan - Google |
1. Tidak dapat Meluahkan Perasaan dengan Kata-kata
Seandainya wanita tidak dapat meluahkan perasaannya dengan kata-kata, dia akan merasa sangat tertekan dan seterusnya menangis.
2. Perasaan Mudah Tersinggung
Wanita mempunyai perasaan yang sangat sensitif. Kadangkala tanpa
disedari orang yang disayangi atau disukai menyinggung perasaannya.
3. Menangis kerana Marah
Dalam kes hubungan dengan lelaki, seorang wanita akan menangis kerana
marah pada lelaki yang telah melukai dirinya (kerana tidak sanggup
memarahi lelaki yang disayanginya).
4. Mencuri Perhatian
Sesetengah wanita menangis bertujun untuk mencuri perhatian lelaki atau bagi mengelakkan dirinya dimarahi oleh lelaki.
5. Penerimaan Masyarakat
Pada pandangan masyarakat, wanita menangis itu adalah satu perkara yang biasa. Oleh itu, mereka tidak malu untuk menangis.
6. Perasaan Simpati
Rasa simpati wanita yang lebih besar dari lelaki. Tidak hairan wanita lebih mudah menangis ketika menonton cerita sedih.
7. Menangis Kerana Gembira
Sesetengah wanita juga akan menangis apabila terlalu gembira atau
terharu apabila menerima satu kejutan atau hadiah yang disukainya.
Oleh itu, hargailah wanita yang berada di sisi anda, tak kira la samaada
dia adalah ibu, adik perempuan, kakak, isteri, rakan sekerja atau teman
wanita anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar